Siakap Keli

Tiada Saksi Atau Petunjuk, Nak Kahwin Bulan Hadapan, Wanita Maut Dalam Kemalangan ‘Misteri’

Seorang penunggang motosikal wanita meninggal dunia selepas dia ditemui tidak sedarkan diri di  jalan yang sunyi di Yishun Avenue 8.

Fadhillah Muhammad Hussain, 28, seorang jururawat, didapati tidak jauh dari Honda CB150R hijau gelapnya.

Wanita itu bakal menamatkan zaman bujangnya pada bulan hadapan.

Keluarganya cemas dan keliru kerana tiada sebarang petunjuk tentang apa yang berlaku dan tiada saksi yang tampil ke hadapan untuk memberi keterangan.

Kemalangan itu berlaku semasa trafik waktu puncak petang pada hari Selasa, 14 Januari.

Kawasan di mana kemalangan itu berlaku berhampiran tapak pembinaan, dan keluarga telah mencuba mencari saksi mata di sana, tetapi tidak berjaya.

Rayuan untuk mendapatkan maklumat telah dibuat di Facebook pada 15 Januari, 2020, bagi saksi-saksi untuk datang ke hadapan.

Menurut status yang dimuat naik itu, wanita itu mengalami kemalangan maut semasa menunggang di Yishun Ave 8, menuju arah Sembawang.

Keluarga mangsa mendapati kes kemalangan mangsa adalah kes langgar lari.

The News Paper melaporkan bahawa Fadhillah menunggang motosikal ke rumahnya dari Imigresen dan Pusat Pemeriksaan di Jalan Kallang selepas mengambil pasport barunya.

Mangsa sepatutnya pergi ke Itali untuk berbulan madu dengan bakal suaminya, kata TNP.

Dalam satu kenyataan, polis telah mengesahkan bahawa mereka sedang menyiasat kes itu.

Sumber : Mothership

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.