Siakap Keli

(Video) Jepun Dilaporkan Akan Mula Sediakan Tempat Solat Di Setiap Lebuh Raya

Bagi orang Islam tempat solat dan makanan halal menjadi keutamaan apabila hendak perg melancong ke luar negara.

Negara yang majoritinya Muslim sudah tentu lebih menyenangkan dan memudahkan perjalanan kita.

Namun kini, kerajaan Jepun akan mula sediakan tempat solat di setiap lebuhraya di Jepun. negara matahari terbit ini sentiasa menjadi pilihan popular dalam kalangan rakyat Malaysia untuk melancong.

Kalau sampai di Osaka, sangat mudah untuk anda terserempak dengan rakyat negara kita di sana. Makanan yang halal tiada masalah untuk didapati di negara itu. Malah, ruang solat juga ada disediakan di kompleks beli-belah atau tempat-tempat tumpuan pelancong.

Boleh dikatakan negara Jepun ketika ini sangat mesra muslim untuk dilawati oleh penganut agam Islam.

 

Sumber : Mohamad Asfaiz Nizam Bin Hamid

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)