Siakap Keli

Zarina Berang, Pelakon Baru DM Minta Jual Akaun Instagram Sebab Nak Tanda Biru ‘Verified’

Seorang pelakon yang dikatakan baru nak up telah meminta Sharifah Zarina menjual akaun Instagram kepadanya semata kerana menginginkan verified badge.

Perbuatan tersebut disifatkan tidak sopan kerana menurut penyanyi Langit Ketujuh itu dia menunggu selama 2 tahun untuk mendapatkan badge tersebut.

Sharifah Zarina telah memuat naik perbualan dia bersama pelakon itu dilaman akaun Instagram miliknya.

 

Zaman sekarang. Gila blue tick pun ada. Pelakon baru nak up (diknon tak kenal pun sebenarnya) level extra-extra DM diknon ingatkan tanya minta ajar macam na nak dapatkan blue tick. Gigihla cuba screenshot dan ajar dia. Rupa-rupanya last-last suruh diknon tolak ig kat dia. Banyak cantik perangai ko dik. Akak ni pun menunggu dekat nak 2 tahun kut baru dpt verified badge tu tau.

Cara mintak pun macam dah kenal akak ni berpurnama ja

Cara mintak pun adoii mcm ko dah kenal akak ni berpurnama ja. Naiklah kerana bakat sendiri bukan bakat beli ok. Akak tak popular mana pun dik tak payah lah ko hina cara halus. Apa ko ingat akak ni sengkek naww sampai sanggup nak jual ig. Adoiii.. kerja nak senang tapi usaha tak mau. Sabar dik ko muda lagi. Lama lagi bole berkarya dalam industri. So banyak lagi masa nak kumpul followers dan dapat blue tick tu. Anyway bangga apa sangat dgn blue tick tu? Yg ratus riban followers pun tak heran benda tu. Akak pun tak heran la blue tick tu sebenarnya just cuba-cuba buat. Sedar diri tak popular mana. Tp Alhamdulillah rezeki approved lah pulak. Dik ko kena hafal tagline @meloditv3 ‘berdiri atas bakat sendiri’.. satu nasihat akak tulus dari hati ni daripada ko beli ig akak nan hado ni… baik ko spend kat skincare dik. Groom yourself. Jangan selekeh sgt. Malu lah artis kalau selebet. Takut penat ja beli ig org tp followers lari kang. Ok done kat bumi. Nak naik balik ke langit ke 7. 

Sumber : Sharifah Zarina

Nurul Alia Ali