Siakap Keli

Dua Pelancong Wanita Bawa Masuk Kereta Dalam Kota Terlarang Beijing Dan Bergambar

Dua pelancong China telah mencetuskan kemarahan selepas mereka bertindak membawa masuk kenderaan mereka ke dalam Kota Terlarang Beijing dan bergambar.

Tindakan wanita terbabit menyiarkan gambar-gambar yang diambil di aplikasi Weibo telah mencetuskan kontroversi dan mengundnag kemarahan kepada pelancong yang lain.

Perkara tersebut menjadi persoalan kepada pengguna, bagaimana wanita tersebut boleh memasuki ruang Kota Terlarang itu yang dijaga dengan pengawasan yang ketat.

Bagi mengelakkan berlaku sebarang kerosakan, tapak Warisan Dunia UNESCO itu telah meletakkan syarat larangan meletakkan kenderaan di dalamnya.

Malah pemimpin dunia yang mahu melawat juga perlu berjalan kaki untuk memasuki ruang tersebut.

Menurut pegawai yang bertanggungjawab mengaja tempat itu berkata Muzium Istana sangat terkejut dan meminta maaf kepada orang ramai atas apa yang berlaku.

Tambahnya lagi, pihaknya akan lebih tegas serta menghentikan tindakan sedemikian daripada berulang kembali.

Sumber: Daily Mail

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)