Siakap Keli

“Genius Muda”,Baru Umur 3 Tahun Dijemput Jadi Ahli MENSA Antara Termuda Di Dunia

Agak jarang untuk kita dengar atau jumpa kanak-kanak seusia awal 2 tahun sudah boleh membaca buku ceritanya sendiri.

Namun begitulah yang terjadi kepada anak pasangan Anira dan Mohd iaitu Muhammad Haryz Nadzim.

Ibunya mula menyedari kelainan atau keistimewaan yang dimiliki si cilik sewaktu dia berusia tujuh bulan lagi. Hal ini kerana, Haryz sudah mula mengeluarkan perkataan pertamanya pada ketika itu.

Kemudian, sewaktu usianya mula mencecah dua tahun, dia sudah boleh membaca buku ceritanya sendiri.

Anira dan suami, kedua-duanya mempunyai latar belakang kejuruteraan tetapi tidak pernah menyangka yang anaknya bakal menunjukkan tanda-tanda kecerdasan otak atau genius pada usia semuda itu.

Oleh kerana kepintaran Haryz telah diterima masuk sebagai anggota Mensa, iaitu sebuah persatuan antarabangsa yang menghimpunkan individu dan golongan intelektual yang ber IQ tinggi.

Si cilik ini menetap bersama kedua ibu bapanya di Durham. Ketika menghantarnya ke tadika, guru turut memaklumkan bahawa perkembangan Haryz lebih cepat dari kana-kanak seusia dengannya. Bermula dari situlah mereka mulai sedar akan keistimewaannya.

Haryz dijemput untuk menyerati Mensa British selepas mencapai skor IQ yang sangat luar biasa dalam ujian Stanford Binet.

Menurut Anira, anaknya merupakan salah seorang ahli yang termuda dalam dunia yang diterima masuk dalam persatuan tersebut.

Sumber : Metro.uk

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)