Siakap Keli

Hanya Bertarung 40 Saat Sahaja, Conor Mcgregor Dilaporkan Terima Bayaran RM422 Juta

Hari ini trending di laman sosial apabila Conor Mcgregor kembali ke Octagon untuk membuat perhitungan dengan Donald Cerrone ‘Cowboy’. Tapi apa yang menyebabkan ia jadi lebih hangat apabila Mcgregor hanya perlukan 40 saat sahaja untuk menumbangkan musuhnya dari Amerika Syarikat itu.

Dengan satu sepakan ke arah muka diikuti tumbukan bertubi-tubi, Cerrone tewas dengan peraturan TKO. Menurut laporan dari BBC Sport, walau perlawanan itu hanya berlangsung 40 saat sahaja, tapi Conor Mcgregor menerima wang kemenangan sebanyak RM422 juta (£80 juta) secara keseluruhan.

Satu lagi sudut positif adalah, selepas tewas di tangan Khabib pada tahun 2018, Mcgregor nampak lebih matang dan tidak lagi melakukan banyak provokasi terhadap lawannya. Malah, beliau turut memeluk dan mencium Cerrone sejurus perlawanan tamat.

Sumber: BBC Sport

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)