Siakap Keli

Dalam Perjalanan Ke Jeddah, Penumpang Pulang Semula Selimut MAS, Mengaku Terambil Pada Tahun 2011

Tidur dengan bantal serta selimut kegemaran akan menambahkan lagi kesedapan dan keselesaan ketika tidur.

Kadangkala ada individu yang tidak boleh tidur jika tidak ada bantal serta selimut kegemaran mereka.

Namun lain ceritanya dengan kisah penumpang yang dikatakan terambil selimut Malaysian Airlines Berhad.

Seorang kru pesawat telah menemui satu bungkusan yang telah ditinggalkan oleh salah seoarang penumpang mereka.

Bungkusan itu ditemui ketika dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah dari Kuala Lumpur.

Bungkusan yang berbalut plastik itu mengandungi sehelai selimut dan sekeping nota permohonan maaf daripada penumpang tersebut.

Oleh kerana dihantui oleh rasa bersalah terambil selimut MAS, penumpang itu tekad memulangkan kembali selimut itu setelah hampir sedekad menyimpannya.

Walaupun sudah hampir sedekad, tindakan jujur individu tersebut harus dipuji.

Sumber : Instagram

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.