Siakap Keli

Nak Berhenti Tapi Bos Tak Bagi Sampai Jumpa Pengganti? Ini 8 Tindakan Yang Patut Anda Buat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Apabila hendak berhenti kerja, maka akan ada langkah-langkah yang perlu dilakukan. Tetapi, macam mana pula jika ada sesetengah ‘bos’ yang tidak menerima surat berhenti? Kenapa jadi begitu? Pekerja yang berhenti bukan kerana suka-suka.

Dengan keadaan ekonomi yang mencabar ini, susahnya untuk mencari kerja semula. Namun, mesti ada sebab kenapa pekerja ingin berhenti. Apa tindakan yang patut dilakukan oleh oleh pekerja kepada syarikatnya?

Seorang pengguna Twitter, Pakeri berkongsi cara untuk seseorang itu bertindak menggunakan cara yang betul jika kebajikan kerjanya diabaikan oleh syarikat.

Ikut langkah ini.

1. Bawak salinan kad pengenalan dengan ‘offer letter’ ke pejabat buruh terdekat.

2. Sampai kat pejabat tu cakap nak buat report.

3. Nanti pejabat buruh akan assign seorang pegawai untuk ambil keterangan awak. Kat sini cerita dari A sampai Z.

4. Pejabat buruh akan hantar notis ke pejabat majikan.

5. Korang pun akan dapat surat untuk datang membela diri. Majikan tak boleh ignore surat ni, kalau tak habislah diorang.

6. Pada hari perbicaraan, seorang pegawai akan jadi hakim untuk dengar cerita dari kedua-dua belah pihak. Kat sini korang kena cerita semua benda, kalau boleh bawak bahan bukti.

7. Masa tengah bicara ni, confirm majikan akan cakap korang salah. Sebab tu korang kena ade bukti macam slip gaji, record masuk kerja (snap gambar punch kad ke) dan lain-lain.

8. Habis bicara tu Pejabat Buruh akan bagi keputusan. Jadi, tunggu je lah.

Jika ada yang tidak berpuas hati, bincanglah dahulu secara baik dengan majikan anda. Mungkin masalah tersebut dapat diselesaikan.

 

Sumber: Pakeri

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang