Siakap Keli

Niat Nak Bantu Jimat Kos, Azmeer Benarkan Guna Halaman Rumah Untuk Majlis Kahwin Secara Percuma

Jika pahala itu dilihat dengan nilai wang, pasti ramai yang berpusu-pusu untuk membuat kebaikan di dunia. Ya, sangat mudah untuk kita lakukan perkara baik untuk mendapat pahala.

Seperti berbuat baik pada ibu bapa, sedekah dan melakukan amal jariah merupakan ‘saham pelaburan’ untuk akhirat kelak.

Seperti seorang pemain Bola Sepak Kedah yang mencuri perhatian ramai orang di media sosial dengan satu status dimuat naik di laman Facebooknya berkaitan ingin menolong pasangan yang bakal berkahwin dengan menawarkan tempat untuk adakan majlis.

Azmeer berkata, rumah yang dibelinya di Tongkang Yard diberikan untuk pasangan pengantin yang masih lagi mencari tempat untuk majlis dan diberi sewa secara percuma.

“Tulus ikhlas sepenuh hati, saya nak buka halaman rumah saya untuk bakal pengantin”

Saya baru sahaja beli rumah di Tongkang Yard, belakang bangunan ABC. Halaman rumah saya berukuran 1,935sqft atau dalam erti kata boleh memuatkan sebanyak 12 biji kereta MPV dalam satu masa.

Jadi mulai hari ni dengan tulus ikhlas sepenuh hati, saya nak buka halaman rumah saya kepada sesiapa yang nak berkahwin tanpa mengenakan bayaran sewa. 

Saya berharap dengan cara ni, saya dapat permudahkan niat suci semua orang untuk mendirikan masjid.

Dan jikalau anda nak menggunakan khidmat ‘wedding planner’  saya pun boleh. Dari situ kita bincang sampai harga yang akan menjadi terlalu murah, InsyaaAllah.

Jadi, kepada ‘wedding planner’ diluar sana yang ingin menawarkan khidmat anda, boleh pm saya untuk kita bagi harga ‘tolong’ kepada pasangan yang nak berkahwin. Kita mudahkan urusan mereka, ALLAH mudahkan urusan kita dunia akhirat, in syaa Allah.

Kepada semua saya mohon share post ni supaya kita semua dapat tolong pasangan yang nk berkahwin. Zaman sekarang zaman yang wajib kita berjimat-cermat. Jika anda yang membaca ni kenal kepada sesiapa pasangan yang ada masalah tempat untuk berkahwin, dialu-alukan beritahu tentang halaman rumah saya.

REZEKI KITA REZEKI SEMUA ORANG. KITA KONGSI BERSAMA, KITA CARI PAHALA BERSAMA.

 

Sumber: Azmeer Yusof

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)