Siakap Keli

Penduduk Gunung Berapi Taal ‘Tukar’ Debu, Sisa Plastik Jadi Batu Bata

Letusan gunung berapi Taal yang berlaku di Filipina baru-baru ini telah mengeluarkan debu. Susulan daripada perkara tersebut, penduduk Filipina telah bertindak kreatif mencampurkan debu dan sisa plastik untuk membuat batu bata.

Tindakan itu secara tidak langsung dapat membantu dalam pembinaan semula rumah dan sekolah yang terjejas akibat bencana tersebut.

Menurut Rodelio Lee, pegawai alam sekitar, pihaknya sedang berusaha untuk mengatasi masalah pencemaran yang berterusan di negara itu.

Pihaknya tidak hanya membersihkan debu tebal tersebut malah mereka membuat keputusan untuk mencampurkan bahan tersebut dengan simen, pasir dan sisa plastik untuk menghasilkan kira-kira 5,000 batu bata sehari untuk projek pembinaan tempatan.

Timbunan sisa plastik dan debu itu kini memberi manfaat yang besar kepada projek tersebut.

Selain ancaman letusan Taal, Filipina juga berdepan krisis sisa sampah yang membimbangkan dengan jumlah pembuangan sisa plastik sekali guna hampir 60 bilion setahun.

Sumber: dw.com

 

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)