Siakap Keli

Pengalaman Umrah Yang Berbeza, Hanya 3 Jam Perjalanan Naik Keretapi Laju Dari Madinah Ke Mekah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sudah pasti bagi mereka yang akan mengerjakan umrah mahupun haji pelbagai persiapan akan dilakukan untuk memastikan ibadah berjalan lancar. Persediaan mental dan fizikal perlu dilaksanakan.

Menerusi perkongsian saudara Safuan Rahim di akaun Facebooknya, beliau menceritakan pengalamannya menaiki keretapi laju dari Madinah ke Mekah dengan hanya mengambil masa tiga jam sahaja.

Perkongsiannya ini sangat membantu mereka yang berhasrat untuk memudahkan jarak perjalanan dalam menunaikan ibadah umrah mahupun haji disana.

Kami memilih Keretapi Laju perjalanan dari Madinah ke Mekah dengan hanya 3 jam sahaja. Harga untuk dewasa RM150 manakala percuma untuk kanak-kanak berumur 2 tahun kebawah. Tiket boleh dibeli melalui www.hhr.sa.

Perjalanan 15 minit dari Masjid Nabawi ke Stesen Keretapi dengan menaiki Uber RM30 manakala 10 minit dari stesen Mekah ke Masjidil Haram  dengan menaiki Uber RM20.

Setelah tiba di Stesen Keretapi prosesnya hanya imbas tiket, pemeriksaan diri dan Bagasi. Dinasihatkan terus niat umrah apabila di dalam keretapi nanti kerana khuatir kita leka mengambil gambar pemandangan atau sebagainya. Pengumuman untuk Miqat akan dibuat setelah 10 minit keretapi mula bergerak.

Antara kemudahan yang disediakan tandas setiap gerabak , tempat cas telefon dan cafe. Sangat selesa, mudah dan cepat untuk sampai ke destinasi. Semoga bermanfaat untuk semua jemaah.Fii amanillah..Allah Ma’akum.

Sumber: Safuan Rahim

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)