Siakap Keli

Tidak Selamat Digunakan, IKEA Minta Pulangkan Semula Yang Beli Mug TROLIGTVIS Buatan India

Baru-baru ini, menerusi Facebook rasmi IKEA, meminta pelanggan memulangkan semula mug perjalanan TROLIGTVIS yang bertanda Made In India dan duit semua pemilik mug tersebut akan dipulangkan semula walaupun tanpa resit. berikut adalah kenyataan penuh dari IKEA.

Peminat IKEA yang dihormati, jika anda telah membeli mug perjalanan TROLIGTVIS sila baca:

IKEA menggesa semua pelanggan yang mempunyai cawan perjalanan TROLIGTVIS bertanda “Made in India” untuk berhenti menggunakannya dan mengembalikan produk itu di mana-mana gedung IKEA dan dapatkan bayaran balik sepenuhnya.

Mug perjalanan TROLIGTVIS terdapat dalam warna beige, hijau, merah jambu dan biru telah dijual di Malaysia sejak Ogos 2019 dan Oktober 2019. Laporan ujian terkini menunjukkan bahawa produk tersebut boleh memindahkan tahap Dibuthyl phthalate (DBP) melebihi dari had yang telah ditetapkan.

IKEA menitikberatkan keselamatan produk dengan serius dan semua produk akan sentiasa terus diuji bagi mematuhi piawaian, undang-undang dan kesesuaian kehendak IKEA.

Sebagai langkah berjaga-jaga, IKEA menggesa pelanggan yang memiliki cawan perjalanan dengan tanda “Made in India” untuk mengembalikan produk tersebut ke mana-mana kedai IKEA berdekatan. Bukti pembelian, seperti resit tidak diperlukan.

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan terima kasih atas kerjasama anda. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pelanggan Pelanggan IKEA di 03-7952 7575.

Sumber : Facebook IKEA

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)