Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Amaran Ribut Petir Di Enam Negeri Sehingga 8 Malam Ini

Kuala Lumpur : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak, dengan hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku sehingga 8 malam ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia hari ini, kawasan yang dijangka terjejas adalah Bandar Baharu di Kedah; Kerian, Larut, Matang dan Selama serta Hilir Perak di Perak; Maran dan Bera di Pahang; Kuala Pilah, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan; Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian serta Kulai di Johor.

Kawasan lain yang diramal turut terjejas adalah di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Pakan dan Jalau di Sarikei serta Kanowit di Sibu, tambah kenyataan itu.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.