Siakap Keli

(Gambar) ‘Selfie’ Berdarah, Gadis Terima 40 Jahitan Digigit Anjing

Seorang remaja menerima 40 jahitan setelah mukanya digigit oleh anjing peliharaan rakannya semasa sedang bergambar dengan haiwan itu.

Menerusi beberapa keping gambar yang telah dikongsikan di laman Twitter, Lara Sanson dilihat memeluk anjing jenis German Shepherd itu sebelum tiba-tiba digigit oleh haiwan tersebut.

Gadis berusia 17 tahun itu terpaksa menjalani pembedahan selama dua jam gara-gara serangan itu dan menerima jahitan di wajah sehingga ke mulut serta gusi.

Menurutnya, dia tidak berasa sakit dan tidak percaya bahawa anjing itu sengaja mengigitnya.

“Saya tidak tahu sama ada saya menyentuh pinggulnya atau ia bertindak sedemikian kerana sudah tua atau kerana saya memeluk dan menakutkannya,” katanya.

Dia sembuh dengan baik namun mengalami keradangan dan masalah untuk makan. Seorang doktor haiwan berkata bahawa anjing itu mungkin menggigit kerana faktor usianya.

Sumber: News.com.au

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra