Siakap Keli
Gambar: CNBC.com

Lagi Kematian Akibat Virus Corona ‘Misteri’ Di China, Kini Makin Merebak Ke Kawasan Lain

Kematian ketiga akibat virus misteri dilaporkan berlaku pada Isnin dan kira-kira 140 kes baharu dicatatkan merebak ke beberapa bandar lain di China termasuklah Beijing.

Susulan daripada perayaan Tahun Baru Cina yang bakal disambut tidak lama lagi, kebimbangan berkenaan dengan peningkatan kes baharu mula tercetus selepas jutaan rakyat China yang berada di dalam mahupun yang berkelana di luar negara dijangka akan pulang ke tanah air mereka.

Pakar-pakar perubatan didakwa masih lagi berusaha untuk mencari jalan bagi memahami dengan lebih mendalam berkenaan dengan virus misteri yang ada kaitan dengan SARS ini.

Virus SARS yang berasal daripada selatan China dilaporkan pernah menjangkiti ribuan manusa serta mengorbankan lebih 800 nyawa sejak ia mula dikesan pada 2002 sebelum merebak ke Hong Kong dan serata dunia.

Coronavirus kebiasannya akan dikaitkan dengan penyakit saluran pernafasan yang ringan dan sederhana, seperti selesema biasa, namun ianya turut dilihat boleh menjadi serius sehingga menyebabkan pneumonia atau bronkitis.

Menurut Majlis Kesihatan Daerah, sebanyak 136 kes baharu pada minggu ini dicatatkan berlaku di Wuhan, tanpa mengulas lanjut berkenaan dengan kematian yang terbaru.

Sementara itu, pegawai kesihatan di Beijing melaporkan bahawa 2 orang yang berkunjung ke Wuhan disyaki dijangkiti dengan virus tersebut dan sedang dirawat, kedua-dua mereka itu kini dilaporkan sedang stabil.

Di Guangdong pla, seorang lelaki 66 tahun dari Shenzhen telah dikuarantinkan pada 11 Januari lalu selepas kerana demam dan menunjukkan beberapa simptom lain selepas melawat saudaranya di Wuhan, lapor Majlis Kesihatan Daerah dalam satu kenyataan.

Sejumlah 201 orang telah didiagnos dengan virus misteri itu di China. Di Wuhan, seramai 170 orang sedang menerima rawatan di hospital, termasuk 9 orang yang dilaporkan sedang berada dalam keadaan kritikal, kata lapor Majlis Kesihatan itu.

Wuhan adalah sebuah bandar yang mempunyai populasi kira-kira 11 juta orang. Bandar tersebut berfungsi sebagai hab pengangkutan utama, kebimbangan mula tercetus kerana jutaan warga China akan bercuti dan pulang ke tanah air mereka bagi menyambut perayaan tersebut bersama dengan keluarga mereka.

Dalam pada itu, sejumlah kes dilaporkan telah berlaku di beberapa negara luar seperti Jepun, Thailand dan Singapura. Beberapa negara lain seperti Amerika Syarikat didakwa telah mengambil langkah pencegahan dengan mengetatkan kawalan di pintu masuk lapangan terbang antarabangsa di negara mereka.

Sumber: Al-Jazeera

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.