Siakap Keli
Kredit Foto: Goody Feed

Mak Rawat Anak Disangka Demam Biasa Guna Google, 6 Hari Kemudian Disahkan Hidap Penyakit Kawasaki

Setiap ibu pasti inginkan yang terbaik buat anak-anaknya. Apa sahaja sanggup dilakukan terutama mengenai kesihatan anak-anak.

Namun begitu, satu kejadian yang berlaku di Taiwan dimana seorang ibu hampir melakukan kesilapan terbesar dalam hidupnya apabila hanya mendapatkan maklumat menerusi Google sahaja untuk merawat anaknya yang sakit.

Menurut China Press, ibu tersebut menyangka anaknya itu hanya mengalami demam biasa dan mendapatkan maklumat menerusi Google.

Menerusi satu laman web di Google menyatakan supaya hanya biarkan anaknya itu mendapatkan rehat yang cukup kerana dia akan sembuh secara semulajadi apabila cukup rehat.

Namun, keadaan anaknya apabila terdapat bertambah buruk kerana mengalami simptom bibir pecah, bengkak pada bahagian kaki, matanya menjadi merah, ‘strawberry tongue’ dan terdapat ruam pada tubuh anaknya.

Kredit Foto: Goody Feed

Bimbang dengan keadaan tersebut, dia sekali lagi menggunakan Google dan mendapati tanda-tanda yang ada pada anaknya merujuk kepada penyakit Kawasaki.

Selepas enam hari kemudian, anaknya mengalami demam yang berterusan dan dia mulai bimbang.

Dia segera membawa anaknya mendapatkan rawatan di hospital.

Penyakit Kawasaki adalah penyakit peradangan yang dapat menimbulkan komplikasi jangka panjang pada jantung.

Penyakit ini sering dialami oleh anak-anak yang berumur di bawah usia 5 tahun ini pada awalnya menyerang mulut, kulit, dan kelenjar getah bening.

Kredit Foto: Goody Feed

Mereka yang dijangkiti penyakit itu perlu menerima rawatan dalam jangka masa yang panjang.

Sumber: Goody Feed

Siti Natrah Jusof