Siakap Keli

”Mentang-Mentang Aku Ni Orang Tua..” Wanita Dakwa Ditipu ‘Cashier’, Ambil Barang Sikit, Bayar Banyak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Apabila membeli-belah di pasaraya, ramai pastinya yang terlepas pandang untuk memeriksa semula barangan yang dibeli di resit. Kadang-kala terdapat kecuaian yang dilakukan oleh juruwang di pasaraya tanpa kita sedari.

Seperti perkongsian oleh seorang wanita Nurul Aida Afifa, mengenai kejadian yang menimpa ibunya di sebuah pasaraya baru-baru ini.

Menerusi status yang dimuat naik, Nurul Aida mendakwa, ibunya hanya membeli beberapa barang sahaja, tetapi setelah diperiksa juruwang telah memasukkan barang-barang lain yang tidak dibeli.

Bukan satu, tetapi terdapat lebih kurang tujuh barang yang dikatakan salah ‘scan’ ke dalam resit pelanggan. Kesal dengan perkara tersebut, Nurul Aini menyelar kesilapan tersebut yang dianggap tidak sepatutnya berlaku dalam jumlah yang banyak.

Bayar banyak tapi hanya beli beberapa barang sahaja

Ceritanya macam ni.. Mak sis pergi belanja kat pasaraya sekian ni. Bayar dengan jumlah banyak sedangkan hanya beli beberapa barang sahaja. Perhatikan resit dibawah terlebih dahulu.

Nak dijadikan cerita.. mak belum keluar pasaraya lagi, baru sampai kedai spek mata, guard pun nampak mak sis patah balik nak refer ke cashier tapi dihalang guard dengan alasan tak boleh masuk bawak barang. (sedangkan itu barang pasaraya tersebut)

Mak nak jumpa pengurus, alasan tak boleh. Nak jumpa manager, alasan takda. Nak jumpa supervisor pun sama juga macam-macam alasan guard beri.

Setelah disokong pengunjung-pengunjung di pasaraya tersebut akhirnya mak dibenarkan masuk untuk jumpa cashier tersebut.

Refer pic 1, yang bertanda adalah jenis barang yang discan tanpa rasa bersalah. Contoh seperti medical soap, gula pasir, cover buku latihan beli satu, tapi discan 2pcs, halia, bra (sejak bila mak aku beli bra kat target), colour stick & sugar cracker.

Refer pic 2, barang sebenar yang mak beli dengan harga sekian. (Kesemua extra RM42.90 mak kena bayar) kalau satu mungkin kita boleh anggap ianya satu kesilapan. Kalau banyak camni, bagaimana nak cakap?

Kesimpulan: Berhati-hati kepada anda yang berbelanja lebih banyak dari ini. Sentiasa alert dan periksa serta pastikan anda bayar pada barang yang anda beli.

Nota kaki: mak aku cakap ”mentang-mentang aku ni org tua.. senang-senang je nak dibodohkan” mak aku pesan lagi satu, kalau nak tipu ke what so ever.. cukup la scan satu sorang satu barang, cukup 100 orang kan dah banyak. Jangan sorang customer, kau scan tipu sampai banyak-banyak barang kan dah jadi camni.

Even kau tak minta maaf ke atau kau minta maaf sekali pun. Ini pengajaran untuk kau dan juga untuk orang lain supaya berhati-hati. Susah nak cari duit zaman sekarang ni. Semua nak berkira-kira uiii.

Sumber : Facebook

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra