Siakap Keli

Pening Kepala Dah Tukar Minyak Enjin Tapi Bawak Moto Tak Sedap, Cuba Cara Ni Selesaikan Masalah

Fabio Quartararo memisahkan hanya 23 mata dalam perebutan kemenangan dengan Jack Miller bagi gelaran Pelumba Bebas (Independent Rider) terbaik pada penutup musim 2019 yang lalu dalam Kejuaraan Motosikal Dunia di Grand Prix Valencia.

Fabio Quartararo mengecapi gelaran kemenangan  di litar MotoGP dengan kelajuan dan teknikal yang membanggakan bersama penyepaduan produk terbaru daripada PETRONAS.

Kalau korang tak percaya, ianya lebih terbukti apabila pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing  (PSRT) catat keputusan memberangsangkan dengan tujuh podium sejak menggunakannya di MotoGP Belanda, bulan Jun 2019, musim lepas.

Menariknya PETRONAS Sprinta ini direka sebagai ‘penyedap’ tunggangan. Kiranya kalau jalan tu permukaan dia tak rata, tapi bila pakai PETRONAS Sprinta, terus rasa lain.

Bak kata orang tu, “Licinnya rasa bawak motor ni selicin kulit Mira Filzah.”

PETRONAS Sprinta dirumus secara unik untuk memenuhi ciri-ciri Yamaha YZR-M1 dan berupaya meningkatkan prestasi enjin serta buatkan enjin tu lebih bersih.

Tengok jelah macam mana Fabio punya race di Valencia GP, siap dapat pole dan podium. Kalau bukan sebab PETRONAS Sprinta dan ahli teknikal yang bagus, tak mungkin kejayaan tu dapat dicapai.  Tak caya, dengarlah sendiri Fabio cakap apa.

Wilco Zeelenberg, selaku Pengurus Pasukan PETRONAS Yamaha SRT turut mengakui, “Pembakaran enjin, RPM dan suhu yang luar biasa bagi menghasilkan prestasi tinggi minyak enjin dalam tempoh masa yang singkat serta berfungsi dengan baik adalah sangat-sangat hebat. Saya dan pasukan sangat gembira tentangnya.”

Apapun, teknologi terbaru PETRONAS Sprinta ini memberi fokus kepada setiap komponen jentera bukan saja enjin, tapi klac dan juga gear.  Malah, PETRONAS Sprinta mampu mengekalkan ketahanan lapisan filem, stabiliti kelasakan dan kadar kelikatan walau dalam kelajuan RPM yang sangat tinggi.

Korang yang suka bawa laju tu tiba-tiba nak pecut ke atau nak brek, PETRONAS Sprinta ni akan protect komponen dalaman enjin daripada suhu dan tekanan mekanikal yang tinggi.

Ini secara tidak langsung telah menjadikan Fabio Quartararo sebagai penunggang luar biasa bagi PETRONAS Yamaha SRT apabila dinobatkan serta diberi penghormatan sebagai ‘Roookie of the Year’ musim lalu dan turut membantu pasukan mengambil gelaran ‘Best Independent Team’ dalam Kejuaraan Dunia MotoGP yang lepas.

Terbaik Fabio!

via GIPHY

Bagusnya PETRONAS Sprinta ni, ia direka khas sempena perlumbaan MotoGP. Jentera Fabio Quartararo antara yang menggunakan PETRONAS Sprinta dan elemen-elemen penting dalam sukan motorsport diguna pakai dalam penghasilan produk ni.  Yelah kan, tak guna kalau jentera boleh pergi laju dan tinggi kuasa tapi rosakkan enjin dan tak dapat nak complete race.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini, sila layari laman web PETRONAS atau pun dapatkan produk-produk rangkaian PETRONAS di mana-mana kedai Mesra di stesen minyak berdekatan anda.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.