Siakap Keli
Kredit Foto: Twitter

Serik Bertugas Sebagai Offshore, Lelaki Ini Kongsi Kisah Duka Yang Perlu Ditempuhi

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa yang tidak menginginkan pekerjaan yang menawarkan pulangan lumayan. Pasti saja setiap yang ditawarkan pekerjaan seperti itu tidak akan menolak jika tiada sebab-sebab tertentu.

Namun begitu, sentuh mengenai pendapatan yang lumayan pastinya memerlukan pengorbanan yang tinggi daripada individu mahupun ahli keluarga.

Serik bertugas sebagai offshore, lelaki ini kongsi antara kisah duka yang perlu ditempuhinya ketika bertugas. Menurut perkongsian daripada seorang pengguna twitter, Acong menceritakan kisah hidupnya sebagai seorang pekerja offshore yang menerima pelbagai ujian ketika sedang bertugas.

“Pada tahun 2017 rezeki merupakan rezeki buat kali pertamanya ke offshore sebagai instrument technician

“Buat kerja di pelantar selama lima hari dengan pakaian semua dan keperluan seperti berus gigi tinggal di kapal”

” Dibenarkan tidur di seluruh pelusut platform kecuali di sea deck dan jika mahu tidur di surau atau galley (tempat makan) perlu masuk awal kerana ramai orang”

“Suka tidur di grating tingkat paling atas dekat dengan pintu surau berlapikkan kotak berbantalkan life jacket”

“Disebabkan terlalu letih bekerja, jadi apabila mereka meletakkan kepala sahaja terus lena”

“Hari ke 3 kami turun ke fast cruise boat untuk dihantar ke kapal penginapan namun terpaksa berpatah balik ke platform atas alasan kerana berebut nak naik basket “

“Selepas 5 hari selesai shutdown baru lah kami dapat pulang ke kapal penginapan kami dan berehat”

“Sedang menonton cerita P.Ramlee bersama senior, tiba-tiba captain kapal buat announcement panggil abang aku ke control room”

“Dalam 10 hingga 15 minit, abangnya datang ke bilik dan cakap “dik rumoh mok terbakor” macam “huh” ?”

“Tiba-tiba terduduk sendri di tepi dinding kapal sambil melihat video dan gambar yang dihantar melalui whats app”

“Pada keesokkan harinya, setelah sampai di airport Kerteh dengan disambut oleh isteri (pada ketika itu masih belum berkahwin) terus balik dan melihat keadaan rumah ibunya yang terbakar”

“Itulah yang membuatkan dirinya serik untuk ke offshore. Tapi takdir Allah yang maha mengetahui dan mesti Dia yg terbaik tiada yg setandingNya dan alhamdulilah semua ahli keluarga selamat”

“Pada April 2018 dapat ke offshore lagi sebagai instrument techinician”

“Job ini sedikit bosan kerana dan lebih suka dengan kerja yang kasar seperti sebelum ini”

“Bakal isterinya telah dikejarkan ke hospital dan telah dimasukkan ke wad “

“Isteri dapat keluar hospital pada ketika dia pulang”

“Rezeki lepas kahwin ditawarkan ke offshore untuk kali ke tiga”

“Mendapat berita isteri terpaksa dimasukkan ke wad dan tak sedarkan diri pada ketika itu”

“Terima kasih  kerana meluangkan sedikit masa untuk membaca coretan ini dan minta supaya sedekahkan al-fatihah buat isterinya”

https://platform.twitter.com/widgets.js
Sumber: Acong

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.