Siakap Keli

Sondol Motor Atas Lebuhraya, ‘Samseng Jalanan’ Dipercayai Telah Ditangkap Serta Merta

Hari ini, tular di media sosial mengenai satu rakaman yang memaparkan sebuah kereta Ford Rangers dipandu secara merbahaya dan telah merempuh belakang sebuah motosikal.

Kejadian yang dikatakan berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban itu telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan netizen kerana melibatkan pengguna jalan raya yang lain.

Pun begitu, menerusi update terbaru daripada halaman Facebook JSPT Selangor, pemandu kenderaan pacuan empat roda itu telahpun ditangkap.

Kejadian telah menyebabkan kecederaan kepada penunggang sebuah m/sikal. Penunggang m/sikal telah membuat laporan kemalangan pada 19/1/2020 selepas kejadian kemalangan.

Atas tindakan pantas Skuad 42 JSPT IPK Selangor bersama BSPTD Kajang, orang ramai menerusi halaman Facebook melontarkan pujian atas kecekapan mereka mengesan dan menangkap individu berkenaan.

Sumber: JSPT Selangor

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra