Siakap Keli

Tular Kritik Nasi Lemak, Wartawan Akui Keenakkan Lepas Cuba Hidangan Sebenar

Memberikan ‘rating’ paling rendah kepada hidangan nasi lemak, seorang wanita daripada United Kingdom menerima kecaman hebat terutamanya daripada netizen dari Malaysia.

Perkongsian pengalamannya menikmati nasi lemak dan menganggap makanan tersebut sebagai juadah paling teruk telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan netizen.

Di samping menerima kecaman, Katie Morley juga turut disarankan untuk menikmati hidangan nasi lemak yang sebenar bagi merasai sendiri keenakan makanan tradisi itu.

Baru sahaja sebentar tadi, wartawan wanita itu telah berkongsikan pengalamannya menikmati nasi lemak dengan hidangan yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Menurutnya, rakyat Malaysia sememangnya benar mengenai keenakan makanan tersebut.

Gambar: Katie Morley

“Awak semua sememangnya benar. Ianya sungguh enak”

Wanita itu juga turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah mencadangkan kepadanya untuk menikmati nasi lemak yang sebenarnya. Dan ternyata, dia juga mengakui bahawa hidangan nasi lemak yang sebenarnya sememangnya enak.

Sumber: Katie Morley

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra