Siakap Keli

(Video) Penjaga Gol MU, Sergio Romero Kemalangan, Lamborghini Terperosok Teruk

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United telah mengesahkan bahawa penjaga gol Sergio Romero telah terlibat dalam satu insiden kemalangan jalan raya.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku berdekatan dengan padang latihan Carrington.

Walau bagaimanapun, kelab tersebut mengesahkan bahawa pemain berusia 32 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pun begitu, keadaan keretanya yang terlibat dalam kemalangan dilihat sangat teruk.

Ekoran kemalangan itu, heboh di media sosial gambar dan rakaman kereta Lamborghini bernilai £170,000 remuk teruk. Kereta mewah itu juga dilihat terperosok di bawah penghadang jalan dan menghala ke arah hutan di tepi jalan.

Penjaga gol itu juga dilaporkan meneruskan sesi latihan bersama kelabnya selepas kemalangan itu. Sergio Romero merupakan penjaga gol simpanan Manchester United di belakang David de Gea.

Sumber: Mirror UK

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra