Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Selepas Kebakaran Dahsyat, Australia ‘Dibanjiri’ Debu, Hujan Batu Sebesar Bola Golf

Selepas beberapa kebakaran dasyat melanda belukar di Australia, bencana lain pula nampaknya mengambil alih ekoran berlakunya banjir, hujan batu dan ribut debu yang dasyat.

Cuaca buruk tersebut  telah mengancam keselamatan penduduk setempat terutamanya yang berada berhampiran Sydney.

Biro Meteorologi Australia telah mengeluarkan amaran ribut petir yang teruk di Queensland, Victoria, NSW dan wilayah ibu kota Australia.

Lebih teruk lagi, hujan batu bersaiz sebesar bola golf dilaporkan melanda beberapa tempat sehingga menyebabkan kerosakan harta benda.

Gambar: Daily Mail
Gambar: Daily Mail
Gambar: Daily Mail

Akibat hujan batu tersebut, dua orang lelaki dilaporkan telah mengalami kecederaan yang masing-masing berumur 16 dan 24 tahun.

Memetik laporan, ribut tersebut dikatakan sedang menuju ke kawasan NSW, Victoria dan tenggara Queensland.

Berdasarkan keterangan daripada kakitangan penyelamat, hujan batu yang menghempas bumi Australia kedengaran seperti tembakan.

ACT Emergency Services memberikan maklumat bahawa lebih 1,200 panggilan kecemasan diterima ekoran cuaca buruk tersebut.

Hujan batu yang dikatakan melanda bumi Australia sekitar tempoh 15 minit itu telah menyebabkan bangunan rumah dan kenderaan mengalami kerosakan teruk. Sekurang-kurangnya, dua orang dilaporkan tercedera ketika bencana itu melanda.

Sumber: Daily Mail

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.