Siakap Keli
Gambar: Kaki Pancing Malaysia

(Video) Seram, Lelaki Tanggung Derita Leher Terbelah Dipercayai ‘Ditikam’ Muncung Ikan Todak

Seorang pemuda nyaris maut apabila seekor ikan didakwa spesies todak ‘menikam’ lehernya dan hampir mengenai urat leher mangsa.

Berdasarkan perkongsian oleh Kaki Pancing Malaysia, kelihatan ikan bermuncung tajam itu tertancap pada leher kiri mangsa hingga menembusi sisi kanannya.

Dalam gambar yang lain, kelihatan kepala ikan berkenaan telah dipotong dipercayai dikeluarkan dari leher lelaki berkenaan.

Mangsa yang merupakan remaja berusia 14 tahun itu terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan muncung ikan berkenaan, lapor Makassar Terkini.

Menurut doktor yang merawat mangsa, Dr. Syafri K. Arif, mereka bernasib baik kerana muncung ikan itu tidak dicabut sebelum pembedahan.

Kredit: Kaki Pancing Malaysia

“Mujur tidak dicabut hingga muncung ikan itu menghalang pendarahan. Nanti ketika pembedahan baru dicabut perlahan-lahan kerana ada pembuluh darah besar di situ,” katanya.

“Kalau ia ditarik keluar, darahnya itu tidak berhenti keluar. Jadi sebaiknya kalau ada yang tertancap, dibiarkan dahulu. Nanti di ruang bedah baru dikeluarkan,” tambahnya.

Dalam kejadian pada Sabtu lalu, mangsa sedang memancing di perairan Buton ketika ikan berkenaan melompat ke arah perahu digunakannya lalu menancap pada leher mangsa.

Kredit: Kaki Pancing Malaysia

Pembedahan mengambil masa 2 jam melibatkan lima orang pakar terdiri daripada doktor bedah dan pakar bius.

Kredit: Kaki Pancing Malaysia

Kiriman itu mendapat lebih 3.6 ribu tanda suka dan 5.7 ribu perkongsian di laman Facebook. Rata-rata netizen meluahkan kerisauan masing-masing melihat nasib lelaki itu.

Kena sengat sembilang kat jari pun dah guling-guling tahan sakit

Mujur tak kena saraf tunjang, boleh maut atau lumpuh

Orang kampung pernah meninggal ditikam di dada

Benarlah kisah Singapura dilanggar todak

Sementara itu, beberapa individu menasihati agar tidak memakai barangan berkilat atau lampu pada waktu malam bagi mengelakkan daripada ‘disambar’ haiwan itu.

Dalam satu perkongsian oleh Animal Planet, seekor ikan dari spesies hampir serupa (tapi berbeza) melompat dan menikam muka seorang pemancing sehingga menembusi tekaknya sebelum ia terjun ke dalam laut untuk melepaskan diri.

Sumber: Kaki Pancing Malaysia, Makassar Terkini

Amira

Love yourself.