Siakap Keli

Wanita Dedah Taktik ”Scammer” Guna Nama TNB, Dakwa Ibu Kerugian Ratusan Ringgit

Di zaman teknologi ini, kita telah menyaksikan bahawa kemajuan teknologi bukan sahaja memberi banyak impak-impak positif dalam membantu kehidupan seharian kita, ianya malahan terdapat pelbagai kesan yang negatif juga didalam sesuatu kesenangan itu.

Antara impak negatif yang sangat hangat berlaku dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini ialah scam atau penipuan. Pelbagai kes yang melibatkan kerugian wang bernilai ribuan ringgit telah dicatatkan berlaku hasil modus operandi yang sama dijalankan oleh sindiket-sindiket penipuan online ini.

Selain daripada penipuan online, kita juga turut tidak terkecuali dengan penipuan yang dilakukan secara berhadapan ataupun face to face. Derngan modus operandi penyamaran, seorang pengguna Facebook bernama Dyna Ahmad ada berkongsikan kes penipuan yang melibatkan taktik penyamaran sebagai pegawai TNB berlaku ke ibu dan bapanya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

SCAMMER ALERT

Penipuan Guna Nama TNB

Tengahari tadi rumah ibubapa saya didatangi seorang lelaki yang mengaku bahawa beliau diminta oleh TNB untuk datang ke rumah kerana mendapati ada kerosakan pada wayar meter. Dan kebetulan (atau memang dia dah ushar line) semalam pembaca meter TNB datang ke rumah untuk bil baru.

Beliau panggil ibu bapa saya, dan tunjukkan wayar pada meter yang ada kesan terbakar.

Kemudian mula menakutkan ibu bapa saya bahawa keadaan tu bahaya apa segala, kalau tebakar boleh naik sampai ke atas apa segala.

Lepas tu dia bagitau dia boleh tolong perbaiki. Dia nak RM400. Dia ambik RM30 ja upah. Hat lain semua untuk beli barang.

So dia nak keluaq beli barang sat, dia nak RM200.
Bijak dia sebab mintak duit selepas berjaya takut-takutkan orang.

Sebelum pi dia habaq dia akan balik dalam setengah jam nak buat bagi selesai.

Memang selesai.

Lepas dua jam tak kembali

Lepas dua jam tak kembali, mama saya habaq kat saya. Terima kasih atas tindakan yang sangat pantas oleh TNB Careline, Cikpuan Ainie.

Cepat TNB sampai kat rumah. Depa amik tisu ja wipe sekali kat wayar tu. Orang tu dah layoq api kat wayar yang kata tebakaq tu sebelum dia mulakan drama dia. Sebenaqnya takdak apa yang tebakaq dan rosak.

Dan abang-abang TNB ni bagitau kat mama abah saya bahawa hari ni dah tiga laporan depa terima tentang penipuan ni. Semalam dia buat kerja kat Taman Lumba Kuda.

Hati-hati na.
Pesan kat mak ayah, saudara, kawan-kawan masing-masing.

P/S : Kot sapa buleh tangkap lelaki yang buat gheja ni, habaq la kat saya kalau sudi. Saya nak sekeh dia sebab tipu mama saya lepas tu saya nak baca khutbah ja sikit.

Sumber: Dyna Ahmad

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.