Siakap Keli
Kredit Foto: All KPOP

Abang Sulli Dedah Bapa Tidak Pernah Ziarah Kubur, Tapi Sibuk Nakkan Harta Mendiang

Abang kepada mendiang Sulli mendakwa bahawa bapanya itu tidak pernah menziarahi kubur adiknya itu namun sibuk untuk mempersoalkan harta peninggalan bintang Korea itu.

Sulli yang dijumpai meninggal dunia di rumahnya pada 14 Oktober yang lalu telah meninggalkan wang bernilai lima bilion won (RM18 juta).

Kisah mengenai perebutan harta milik bintang Korea ini masih tiada noktah.

Kredit Foto: KPOP MAP

Abangnya pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak mahu menuntut harta yang ditinggalkan adiknya itu.

Namun, kini dia telah meluahkan rasa kecewanya di media sosial bahawa bapanya itu hanya tamakkan harta namun tidak pernah menziarahi kubur mendiang adiknya itu.

Abang Sulli juga turut memaparkan screenshot yang dihantar oleh bapanya kepada kenalannya yang lain mengenai gambar dirinya menziarahi kubur tersebut.

Namun ianya disangkal oleh abang Sulli dengan menyatakan bahawa bapanya langsung tidak pernah menziarahi kubur Sulli malah gambar yang dihantar tersebut bukan milik bapanya tapi diambil oleh orang lain.

Hal ini juga telah menyebabkan kedua ibu bapa mereka sudah tidak bertegur antara satu sama lain.

Hal ini berlaku kerana Sulli masih belum berkahwin ketika meninggal dunia dan segala hartanya tidak diwasiatkan kepada sesiapa.

Oleh itu, menurut undang-undang, harta tersebut layak dibahagikan kepada ibu bapa serta ahli keluarganya sahaja.

Setelah berbulan-bulan berlalu, masalah pembahagian harta yang ditinggalkan Sulli masih belum selesai malah ibu bapanya turut tidak bertegur sapa disebabkan masalah ini.

Sumber: The Independent/All kpop

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.