Siakap Keli

Anak Tertinggal Botol Air Di Sekolah, Bapa Cemas Patah Balik Takut Dimarahi Isteri

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Golongan ibu sememangnya cukup sinonim dengan pengumpulan pelbagai jenis bekas atau ‘tupperware’ dan ia menjadi ‘pameran’ utama di dalam rumah  yang jarang sekali akan diusik.

Bagi yang ‘berpengalaman’ menghilangkan bekas-bekas tersebut, anda pasti pernah ‘dihantui’ dengan bebelan dan kemarahan yang tidak berkesudahan.

Tidak mahu situasi itu berlaku, Mohd Fadli Salleh berkongsi detik ‘cemas’ yang dilaluinya apabila anaknya tertinggal botol air di sekolah.

Pergi ambil anak kat sekolah tadi dah jam 6:30 dah pun.

Sampai kat jaga, Asyraff naik motor aku. Baru nak gerak, dia cakap,

“Ayah. Beg duit adik tertinggal kat kelas. Ada duit RM8 lagi dalam tu untuk untuk belanja esok dan lusa.”

“Biar la beg duit tu. Esok pagi ayah pergi tengok.”

Aku malas nak masuk dalam sekolah dah. Jauh juga pagar ke kelas dia. Kami pun bergerak pulang. Baru sekejap bergerak, Asyraff cakap lagi,

“Botol air pun tertinggal ayah.”

“Sreeettttt!”

Terus aku brek emergency.

“Kenapa tak cakap? Duit hilang ayah boleh niatkan sedekah. Kalau botol air hilang, bukan setakat Adik kena marah. Ayah pun mungkin hilang nyawa. Tupperware ke dik?”

“Tak tahu jenama apa.”

Ah, Tupperware ke, Tipuware. Kalau tinggal botol air kat sekolah boleh hilang nyawa woih.

Yang kelakarnya, waktu anak aku masuk kelas, ada seorang lagi lelaki di temani anaknya baru keluar dari kelas darjah 3 tingkat atas. Dari jauh aku laung,

“Kenapa tu bang?”

“Tertinggal botol air cikgu!” Balasnya dari kejauhan.

“Tupperware ke?” Jerit aku lagi.

“Yaaaaa!”

“Kahkahkah.”

Kami gelak bersama. Laju dia gerak balik. Tak sempat nak ambil gambar bukti. Lewat balik pun boleh kena soal siasat juga weh. Bahaya main dengan kaum wanita ni. Seram. 😅

Waktu keluar pintu sekolah, guard pula tegur,

“Tertinggal apa cikgu?”

“Nyawa.”

Senyum je guard dengar jawapan aku. Entah dia faham entah tidak. Lantakkan.

Gitu je aku jawab lantas pecut balik rumah dengan penuh kelegaan.

#MFS
– Wanita bukan makhluk bumi –

Perkongsian yang mendapat sebanyak 31 ribu like dan 9.1 ribu shares itu mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya terhibur dan memberikan komen yang positif.

Sumber: Mohd Fadli Salleh

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra