Siakap Keli
Kredit Foto: Doctor Bond

Awas Mak Ayah, Bayi Anda Mungkin Hidapi Masalah ‘Lidah Pendek’ Jika Ada 4 Tanda Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Para ibu bapa pasti runsing memikirkan keadaan anak-anak terutama bagi mereka yang pertama kali mempunyai anak. Banyak aspek yang perlu dititikberatkan terhadap penjagaan bayi terutama mengenai kesihatan mereka.

Kesihatan merupakan aspek penting dalam kehidupan supaya anak-anak dapat menjalani kehidupan yang sihat. Namun begitu, masih ramai ibu bapa di luar sana yang kurang mengambil berta mengenai kesihatan anak-anak ini.

Menurut perkongsian di laman twitter milik Dr Mohd Shaiful Nizam tentang beberapa perkara mengenai tongue tie yang boleh menyebabkan anak anda mengalami masalah pertuturan atau lebih dikenali sebagai pelat.

Adakah anak anda alami tanda-tanda seperti ini?

  1. Bayi Anda kerap mengamuk ketika menyusu?
  2. Bayi Anda masih kelaparan walaupun sudah lama menyusu?
  3. Kenaikan berat badan bayi tidak memuaskan walaupun kerap menyusu?
  4. Anak Anda alami masalah pertuturan? Pelat?

AWAS.! Bayi Anda mungkin hadapi Tongue Tie a.k.a Lidah Pendek

Tongue tie adalah keadaan dimana terdapat selaput membrane yang melekat antara lidah & lantai mulut mengakibatkan pergerakan lidah bayi terbatas & terikat.

Apakah penyebab berlakunya tounge tie ini? Antara faktornya adalah kongenital dimana membran yang sepatutnya hilang selepas kelahiran masih kekal melekat antara keduanya.

Kredit Foto: Twitter

Gejala-gejala:

  1. Bayi sukar melekap pada puting ibu sewaktu menyusu
  2. Bayi selalu mengamuk ketika/selepas menyusu kerana tidak kenyang
  3. Kenaikan berat badan tidak memuaskan
  4. Sakit atau luka pada putting ibu
  5. Kesan buruk pada pertubuhan gigi
  6. Pelat/lambat pertuturan

Bagaimana nak tahu ada Tongue tie?

Bayi atau anak Anda tidak mampu keluar atau jelir lidah melebihi paras gigi bawah. Satu kajian oleh Messner (2002), anak yg ada Tongue tie tak boleh sebut huruf ‘R’ @ ‘L’ kerana hujung lidah pendek.

Jadi sebutan “Rupa” akan berbunyi “Wupa”.

RAWATAN

Bergantung pada tahap perkembangan & pertuturan. Jika tidak alamai masalah menyusu, berat badan bagus boleh “tunggu & lihat”. Namun, seandainya ada salah satu gejala yg disebutkan, pembedahan kecil dipanggil “frenulectomy” @ Tongue tie release dilakukan.

Kredit Foto: Twitter

KONKLUSI

Segeralah berjumpa Doktor Pakar ENT atau pun Pakar Pergigian Kanak-kanak jikalau bayi/anak Anda alami gejala-gejala seperti diatas agar pemeriksaan awal dapat dilakukan demi perkembangan pertuturan & tumbesan anak Anda

Sumber: Dr. Mohd Shaiful Nizam

Siti Natrah Jusof