Siakap Keli

Babi Lembik Dipaksa Lakukan ‘Bungee Jumping’, Taman Tema Dikecam

Sebuah taman tema di China dikecam gara-gara ‘tarikan’ terbaru yang dibuat oleh mereka iaitu memaksa babi hidup untuk melakukan lompatan bungee.

Menerusi rakaman yang dimuat naik ke Weibo iaitu laman media sosial yang terkenal di China menunjukkan bahawa haiwan itu digantung  dan dilepaskan dari platform setinggi 70 meter (230ft).

Babi 75 kilogram itu dilaporkan diangkut ke bahagian atas struktur oleh empat lelaki sebelum diikat dan ‘dibuang’ ke bawah.

Menurut laporan media tempatan, aksi itu dikatakan untuk mempromosikan pembukaan tarikan terbaru di taman tema Mexin Wine town di perbandaran Chongqing di barat daya China.

Babi itu menjerit dan disambut dengan hilai ketawa dan sorakan orang ramai dari platform. Apabila ikatan dibuka, haiwan itu tidak sedarkan diri.

Sumber: Unilad.C0

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra