Siakap Keli

Isteri Dipenjara Kerana Dadah, Ayah Didakwa Jadikan Anak Pemuas Nafsu & Rogol 3 Kali Sehari

Banda Aceh- Seorang bapa sanggup bertindak keji memperkosa anak kandungnya sendiri yang berusia 15 tahun selepas isterinya dipenjara akibat kes dadah.

Suspek yang berusia 43 tahun mula melakukan perbuatan terkutuk itu sejak pertengahan 2017 hingga 2018 ketika mangsa masih di tingkatan 1 namun perbuatannya terbongkar pada 10 Februari 2018.

Menurut polis tempatan, AKP Agus Salim, kes itu terbongkar setelah mangsa melaporkan kelakuan sumbang itu kepada ketua kompleks perumahan mereka yang kemudiannya melaporkan kepada pihak polis.

“Suspek melakukan perbuatan terkutuk di rumah sendiri pada saat anak-anaknya tidur sekitar jam 1 atau 2 pagi. Kes ini terbongkar kerana mangsa sudah berasa terancam dengan bapanya yang tidak mengizinkannya menceritakan hal itu kepada sesiapa.

“Biasanya, pelaku memaksa anaknya pada setiap pukul 1 pagi,” katanya.

Berdasarkan pengakuan mangsa, suspek melakukan perbuatan keji itu sehingga tiga kali dalam sehari. Walaubagaimanapun, mangsa yang tertekan tidak berani melaporkan hal itu kepada saudaranya.

“Mangsa mempunyai tiga orang saudara tetapi dia tidak berani melaporkan hal itu kerana diugut si bapa,” tambah Agus.

Menurut pengakuan korban, kata Agus, tersangka melakukan perbuatan itu dalam sehari hingga tiga kali. Korban kerap merasa tertekan bahkan tidak berani melaporkan perlakuan sang Ayah kepada kakaknya.

Suspek yang bekerja sebagai penjual minuman bakal berdepan tindakan Undang-Undang Perlindungan Anak yang memperuntukkan 15 hingga 20 tahun penjara.

Sumber: OKE News

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.