Siakap Keli
Kredit: Info Kemalangan Jalan Raya

Pelajar Maut, Rakan Cedera Parah Dipercayai Dilanggar Lari Ketika Berjalan Kaki Ke Sekolah

Kuala Langat – Seorang remaja perempuan maut manakala rakannya cedera dalam satu kejadian langgar lari di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada 6.45 pagi tadi, kedua-dua murid berusia 13 tahun itu dikatakan sedang melintas jalan sebelum dilanggar sebuah kenderaan, menyebabkan seorang maut manakala seorang lagi patah tangan.

Menurut saksi, suspek yang melarikan diri dikatakan memandu Satria putih menuju ke arah Banting. Jika anda mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian, sila hubungi Balai Polis Banting di talian 03-3187 2222.

Sumber: Info Kemalangan Jalan Raya(Wani Zura)

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.