Siakap Keli
Gambar: Reuters

Saintis China Sahkan Coronavirus ‘Misteri’ Tersebar Daripada Manusia Ke Manusia

Sepasukan pakar dari kerajaan China pada Isnin telah mengesahkan bahawa coronavirus yang sedang tular pada hari ini boleh dijangkiti daripada manusia ke manusia.

Zhong Nanshan yang juga merupakan pakar berkenaan saluran pernafasan menyatakan bahawa dua individu di wilayah Guangdong dilaporkan dijangkiti dengan virus tersebut daripada salah seorang ahli keluarganya, lapor media tempatan.

Virus tersebut boleh tersebar dengan cepat dan lebih meluas melalui manusia ke manusia. Virus berkenaan dipercayai tercetus daripada individu yang dijangkiti di sebuah pasar yang terletak di Wuhan.

Menurut Zhong, dua individu di Guangdong itu tidak pernah pergi ke Wuhan, sebaliknya ada ahli keluarganya yang dijangkiti di bandar tersebut telah pulang ke rumah, lapor China Daily.

Presiden China Xi Jinping menyatakan pada Isnin bahawa “sangat-sangat penting” untuk mengambil segala langkah pencegahan yang ada bagi melawan coronavirus baharu yang telah menjangkiti 217 orang di negara ini.

“Wabak terbaru yang tercetus di Wuhan dan beberapa tempat lain ini mesti dipandang serius,” ujar Xi.

“Jawatankuasa parti, pihak kerajaan dan mana-mana jabatan yang berkaitan di semua peringkat perlu mengutamakan keselamatan serta kesihatan rakyat terlebih dahulu.”

Jabatan kesihatan di Wuhan mengesahkan bahawa sebanyak 136 kes baharu dan sejumlah 198 pesakit serta tiga kematian telah dicatatkan berlaku setakat ini.

Menurut sebuah laporan yang dipetik dari CCTV pada petang Isnin, seramai 5 individu di Beijing dan 14 di wilayah Guangdong telah didiagnos dengan coronavirus yang baharu ini. Manakala sebanyak 7 kes disyaki ada kaitan dengan coronavirus ini berlaku di daerah lain seperti Sichuan, Yunnan serta Shanghai.

Sumber: NBC

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.