Siakap Keli
Kredit: Al-Jazeera

(Video) Jutaan Belalang Serang & Musnahkan Tanaman Gemparkan Penduduk Afrika Timur

Afrika Timur- Pertama kali dalam sejarah, jutaan belalang muncul dan merosakkan tanaman serta mengancam sumber makanan penduduk di wilayah-wilayah di sini.

Berdasarkan laporan Al-Jazeera, jutaan belalang bersaiz sepanjang satu jari itu terbang dalam kumpulan memakan tanaman dan tumbuhan di padang ragut.

Hal ini mengakibatkan penghasilan makanan serta ekonomi tempatan terjejas.

Kredit: Al-Jazeera

Satu kumpulan besar belalang ini dilaporkan memenuhi kawasan seluas 60 kilometer panjang dan 40 km lebar di timur laut Kenya, lapor pihak berkuasa tempatan dalam satu kenyataan.

Kemunculan spesies belalang padang pasir itu turut menjejaskan beberapa bahagian di negara Somalia, Ethiopia, Sudan, Djibouti dan Eritrea.

Kredit: Al-Jazeera

Spesies belalang paling bahaya itu dikatakan memburukkan lagi kelangsungan sumber makanan negara itu dengan ratusan ribu ekar tanaman musnah, lapor Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (FAO).

Kredit: Al-Jazeera
bangkai belalang mati
Bangkai belalang yang mati. (Kredit: Al-Jazeera)

Video

Sumber: Al-Jazeera

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.