Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Wanita Kecewa Ibu Sendiri Rampas Suami Lepas ‘Sponsor’ Perkahwinan, Ada Anak Bersama

Seorang wanita berusia 34 tahun nekad tidak mengatakan memaafkan ibunya selepas didakwa merampas suaminya. Lebih teruk lagi, ibu dan bekas suami wanita berkenaan telah mempunyai anak bersama.

Menurut laporan, wanita berkenaan telah berkahwin dengan suaminya ketika berumur 19 tahun lagi. Ketika itu, ibunya telah menyumbangkan sekitar £15,000 untuk perkahwinan idamannya. Disebabkan rasa berterima kasih dan terhutang budi, dia memutuskan untuk membawa bersama ibunya berbulan madu selama dua minggu di Devon.

Selepas lapan bulan, suami wanita berkenaan telah berpindah keluar dari rumah mereka dan rahsia terbongkar apabila ibunya telah melahirkan anak hasil hubungan bersama suaminya. Dia juga tidak menyangka bahawa suami dan ibunya sanggup berbuat demikian terhadap dirinya.

Suami sering mesra dengan mak saya. Saya tidak bersangka buruk dan fikir bukan-bukan terhadap mereka dan menganggap kemesraan itu sebagai anak menantu dan ibu mertua.

Wanita itu juga mendakwa bahawa suaminya sering menyembunyikan telefon bimbitnya. Namun, perkara itu terbongkar selepas kakaknya menjumpai perbualan mesej antara ibu mereka dan suaminya.

Selepas melahirkan, ibunya mendakwa bahawa anak tersebut adalah hasil hubungan dengan teman lelakinya. Namun, setelah beberapa waktu, mereka sendiri telah mengumumkan hubungan mereka kepada umum.

Mereka juga telah menjemput wanita itu untuk menghadiri majlis perkahwinan namun perkara itu adalah sangat janggal itu dilakukan.

Saya pergi ke majlis perkahwinan ibu saya bersama lelaki yang saya kahwini lima tahun lepas.

Dia juga menyatakan hubungan mereka semakin baik, namun tidak bermakna bahawa dia dapat memaafkan kedua-dua individu yang sebelum ini disayanginya.

Sumber: Daily Mail

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra