Siakap Keli

Anak Kapal Meninggal Dunia Ketika Berlayar, Elak Penyakitnya Berjangkit, Jenzah Dibuang Ke Laut

Tular baru-baru ini digemparkan dimana seorang kelasi kapal dari Indonesia yang meninggal kemudiannya dicampakkan ke laut.

Kelasi dari Enrekang, dilaporkan telah mengikuti tugas kelasi itu dari 18 Disember 2019. Menurut lapaoran, Direktorat Jenderal Protokol dan Konsuler Kementerian Luar Negeri telah mengesahkan bahawa anak kapalnya meninggal bulan lepas.

Tambahnya lagi, mangsa mengalami sakit kaki dan bengkak di wajah, sakit dada serta sesak nafas. Keadaannya semakin memburuk setelah diberi ubat.

Dia kemudiannya dipindah ke kapal lain yang akan berlabuh di Samoa untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Walau bagaimanapun, dia meninggal dunia lapan jam selepas dipindahkan ke kapal.

Oleh kerana, Samoa pada ketika itu masih jauh, dan dikhuatiri penyakitnya berjangkit kepada kru atau anak kapalnya yang lain, kapten bertindak untuk terus membuang jenazahnya ke laut.

Meskipun sangat berharap agar jasadnya dapat dibawa pulang dan dikebumikan namun seluruh ahli keluarga redha akan keputusan yang telah dibuat itu.

Sumber : Sosok

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)