Siakap Keli

”Anak Melayu Tidak Malas..” Menggigil Kesejukan Cari Rezeki, Luahan Uncle Kentang Menyentuh Perasaan

Tidak semua bernasib baik dalam hidup. Ada yang terpaksa bergelut melakukan beberapa perkejaan demi sesuap nasi. Rasa letih ditolak ke tepi, asalkan perut isteri dan anak di rumah terisi.

Seperti perkongsian oleh Kuan Chee Heng atau lebih dikenali dengan nama Uncle Kentang, mengenai realiti kehidupan yang sebenar.

Dipertemukan dengan seorang pemuda penghantar makanan, keadaan pemuda itu yang basah kuyup dan menggigil kesejukan menyentuh rasa insaf dalam hati.

Jika anda merasakan anak-anak muda itu malas bekerja, ikuti perkongsian dari hati Uncle Kentang seperti di bawah.

MAK, AYAH SAYA TAK MALAS……

ANAK MELAYU TAK MALAS…..KALAU EMAK BELIAU NAMPAK ANAK SENDIRI MENGIGIL DALAM KESEJUKAN SEMATA MATA MENCARI REZEKI CIPUT SEBEGINI…. PASTI MAK AKAN MENANGIS DAN MENDAKAP ANAK NYA…..anak aku tidak malas ……

Saya sedih melihat seorang anak Melayu mengigil gigil masuk ke shopping complex Paradigm mengambil order makanan untuk di hantar.

Di luar sana guruh dan kilat menguasai ruang langit dan menari bersama curahan air hujan mengila serta angin kencang bermain dengan pokok pokok sekitar mengoyangkan mereka seolah olah nak tumbangkannya.

Tapi anak Melayu ini rileks saja…. dan wajah muka beliau tenang meneliti isi kandungan telefon agar order mereka yang lapar tidak tercicir. Air menitis dari baju hujan beliau dan beliau mengigil dalam kesejukan.

Malas? Tidak sungguhnya…. mereka hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, bukan macam YB dan Menteri, gaji berpuluh ribu, keluar masuk ada GRO, ada Tepung, ada taukeh dan kontraktor memimpin, bila makan ada orang tolong bayar bil, ada taukeh Cina jaga dari kepala hingga kaki…

Hakikat sebenarnya Melayu bukan Malas, tetapi mereka bergaji kecil… dan sanggup gadai nyawa dalam hujan ribut semata mata untuk membawa sebungkus dua nasi yang halal untuk anak anak makan.

Mana ada Melayu yang bekerja hidup senang? Mewah apatah lagi? Jangan di mimpikan. Mereka hanya cari sedikit rezeki yang halal…….

Sumber : Kuan Chee Heng

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra