Siakap Keli

Anda Jangan Terkejut Kalau Bil Hospital Tinggi Pun Mampu Dibayar, Ini Manfaat Perlindungan Penyakit Kritikal

Kemudahan penjagaan kesihatan di negara ini adalah antara yang terbaik berikutan dengan peruntukan yang besar disalurkan oleh kerajaan. Sebelum masuk hospital atau membawa ahli keluarga anda ke hospital, kita perlu tahu perbezaan antara caj hospital di Malaysia. Jadi, taklah terkejut bila bil hospital sampai pada anda.

Namun, masih ramai yang lebih gemar memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta. Ada yang sanggup membayar bil dengan harga yang mahal semata-mata untuk menerima rawatan daripada hospital swasta tersebut.

Persoalannya kenapa?

Mungkin ada dalam kalangan kita yang tidak suka menunggu lama di hospital awam. Bahkan mungkin ada yang tidak berpuas hati dengan rawatan yang diberikan. Kadang kala ada juga yang ingin mahu mendengar daripada pendapat kedua jenis hospital berkenaan tentang masalah yang dialami.

Kenapa caj rawatan di hospital berbeza-beza?

1. Hospital Kerajaan

Hospital ini memang murah. Ini kerana kosnya ditanggung oleh kementerian melalui bajet yang diperuntukan. Disebabkan murah, maka ramailah yang beratur panjang.

2. Hospital Swasta

Hospital swasta banyak terdapat di Malaysia. Kalau anda sebut sahaja hospital swasta, maka ianya sinonim dengan perkataan mahal. Bila tak ramai yang mampu, maka tak lah ramai sangat orang, jadi automatik tak perlu beratur panjang.

Segala harga konsultasi, ubat dan hospitaliti adalah apa yang anda bayar. Ramai yang ambil insurans untuk mendapat kemudahan ke hospital swasta ini.

3. Hospital dibawah Kementerian Pengajian Tinggi

Hospital begini adalah seperti PPUM, PPUKM dan juga HUSM. Ianya juga digelar teaching hospital.

Hospital ini bukanlah di bawah KKM, jadi jangan bandingkan bil hospital ini dengan hospital besar macam HKL. Lazimnya hospital ini bilnya lebih tinggi berbanding hospital KKM tetapi tidaklah semahal hospital swasta.

Walau bagaimanapun, anda sentiasa mahu mendapatkan rawatan yang terbaik namun, anda tidak perlu risau dengan kos rawatan. Penyakit kritikal yang wujud bertahun-tahun dahulu seperti Kanser, Serangan jantung atau Strok/Angin Ahmar tidak dijangka akan mengancam.

Tahukah anda bahawa ini merupakan penyakit kritikal dan kos rawatan boleh menjadi sangat tinggi? Selain kos rawatan di hospital, seseorang mungkin mencari rawatan alternatif seperti rawatan tradisional menggunakan akupunktur dan perbelanjaan semasa pemulihan boleh menjadi tekanan. Anda mungkin perlu mengambil kira kos perbelanjaan hidup, apabila anda tidak dapat bekerja, tidak dapat menanggung bayaran yuran pengangkutan, penjagaan keluarga, dan pinjaman, dipertimbangkan.

Tapi anda jangan risau, PRUMy Critical Care dapat melindungi dengan pembayaran sekaligus kepada anda apabila ditimpa penyakit kritikal. PRUMy Critical Care ini juga membantu jika ada masalah kewangan untuk menyara ahli keluarga yang sedang menghidap sakit kritikal seperti kanser, jantung dan strok. Jangan ambil remeh tentang perkara ini.

Ini manfaat yang anda akan dapat jika ambil PRUMy Critical Care bersama.

Dengan Total Multi Crisis Care sebagai rider dalam pelan PRUMy Critical Care, insurans ini menawarkan perlindungan penyakit kritikal yang komprehensif. Jadi, ini manfaat yang anda dapat sekiranya memiliki PRUMy Critical Care ini.

1. Perlindungan Penyakit Kritikal Awal

Pengesanan dan diagnosis awal penyakit kritikal meningkatkan peluang untuk rawatan yang berjaya. Total Multi Crisis Care memberi perlindungan untuk 101 keadaan penyakit kritikal awal (melindungi kedua-dua peringkat awal & peringkat pertengahan) dengan membayar 50% daripada jumlah diinsuranskan rider apabila didiagnosis untuk keadaan yang dilindungi.

2. Perlindungan Penyakit Kritikal

Apabila seseorang didiagnosis dengan penyakit yang mengancam nyawa, keperluan kewangan adalah lebih besar daripada kos rawatan biasa. Seseorang akan mahu mendapat rawatan terbaik dan paling lanjut yang mungkin tidak dilindungi di bawah pelan perubatan biasa, dan pada masa yang sama masih dapat menampung kos perbelanjaan hidup yang diperlukan.

3. Tuntutan Berganda sehingga 400% daripada jumlah diinsuranskan

Tuntutan berganda boleh dilakukan sehingga 400% daripada jumlah diinsuranskan Total Multi Crisis Care rider. Tuntutan tersebut dibenarkan untuk peringkat yang berbeza di bawah setiap kategori penyakit kritikal dengan maksimum 100% daripada jumlah diinsuranskan rider bagi setiap kategori penyakit kritikal. Maksimum yang dibenarkan untuk penyakit kritikal awal adalah RM 200,000 seumur hidup.

4. Perlindungan diagnosis semula untuk Kanser, Serangan Jantung dan Strok / Angin Ahmar

Semua orang tahu, penyakit kanser, serangan jantung dan strok/angin ahmar adalah penyakit yang paling lazim di Malaysia. Peluang untuk bertahan hidup dan pulih daripada penyakit-penyakit tersebut adalah lebih tinggi sekarang akibat kemajuan perubatan. Total Multi Crisis Care juga memberi perlindungan bila seseorang didiagnosis dengan penyakit kritikal yang berikut sebelum umur 85 tahun, yang tidak berkaitan dengan diagnosis pertama.

Hal ini akan menyebabkan PRUMy Critical Care akan memberi perlindungan sehingga 200% daripada jumlah yang diinsuranskan.

5. Perlindungan Tambahan Untuk Manfaat Istimewa

Apa yang menariknya adalah 20% jumlah diinsuranskan rider akan dibayar apabila didiagnosis untuk mana-mana satu daripada keadaan berkaitan diabetik atau keadaan berkaitan sendi yang dilindungi. Manfaat istimewa ini akan dibayar sekali sahaja.

Bukan pelaburan…

PRUMy Critical Care ini bukanlah satu pelaburan bahkan ia merupakan satu kaedah perlindungan untuk menjaga diri sendiri dan orang tersayang.

Kita mintalah dijauhkan daripada sebarang benda-benda tak baik, tapi dalam masa yang sama kita harus menjaganya. Kalau ditakdirkan jatuh sakit, duit beratus  ringgit setiap bulan itu boleh menjimatkan beratus ribu ringgit untuk menampung diri sendiri dan orang tersayang.

Tunggu apa lagi, cepatlah untuk mendaftar sebagai pemegang PRUMy Critical Care! Untuk lebih lanjut lagi tentang PRUMy Critical Care, anda boleh melayari laman web Prudential.



Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

test