Siakap Keli

Angka Kematian Akibat Koronavirus Baharu Di China Meningkat Sembilan Orang

BEIJING, 22 Jan (Bernama) — Sebanyak sembilan kematian akibat koronavirus baharu dilaporkan di China dengan 440 orang disahkan dijangkiti, kata ketua Suruhanjaya Kesihatan Negara China Li Bin kepada pemberita pada Rabu.

“Setakat ini, jumlah kes yang disahkan di China mencecah 440 dengan sembilan kematian,” memetik Li Bin lapor agensi berita Xinhua.

Terdahulu pada Rabu, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China berkata terdapat 324 kes disahkan koronavirus.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam laporan terbarunya minggu ini mendedahkan sejumlah 282 kes koronavirus baharu telah disahkan, 278 kes di China, dengan enam kematian.

Kes penyakit radang paru-paru yang disebabkan oleh koronavirus turut dilaporkan di Thailand, Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS). Pihak berkuasa kesihatan China telah mengesahkan virus itu boleh tersebar melalui jangkitan manusia kepada manusia.

Pada Selasa, Institut Kesihatan Negara (NIH) AS mengumumkan negara itu telah memulakan usaha  untuk membangunkan vaksin yang boleh menyembuhkan koronavirus baharu.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.