Siakap Keli

Berhimpit Dalam Koc Wanita, Penumpang Lelaki Ditampar Polis Di India

Laporan serta berita mengenai gangguan berbentuk fizikal dan seksual yang berlaku di India sering kali dipaparkan sehingga mendapat kecaman dari aktivis hak asasi di seluruh dunia.

Tidak terkecuali di dalam pengangkutan awam, golongan lelaki di negara itu dilihat tidak mengendahkan peraturan dan menyerbu masuk ke dalam koc wanita.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Hindustan Times pada tahun 2018, lebih kurang 1,592 penumpang lelaki yang ditangkap dan didenda kerana masuk ke koc wanita dan angka tersebut dipercayai meningkat setiap tahun.

Baru-baru ini, tular satu video yang memperlihatkan polis mengambil tindakan tegas dengan menampar lelaki yang masuk ke dalam koc wanita tersebut.

Semasa pintu tren terbuka, lelaki yang dilihat berhimpit dengan wanita keluar daripada tren tersebut dan terus menerima tamparan daripada pihak polis yang berada di situ.

Netizen dari seluruh dunia memberikan pelbagai reaksi. Kebanyakan daripada mereka berpuas hati melihat semua lelaki tersebut ditampar.

Sumber: TwitterMa

Sofea

Iqra'.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.