Siakap Keli

“Dah Seminggu Sekolah, Tak Mampu Bayar Duit Buku Anak,” Si Ayah Tebalkan Muka Pinjam Duit Dari Orang Yang Tak Kenal

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sudah hampir sebulan sesi persekolahan bermula. Pelbagai bil serta bayaran yang terpakasa dilakukan oleh ibu bapa seperti yuran, duit buku sekolah dan pelbagai lagi.

Namun, tidak semua orang mampu menyelesaikan bayaran tersebut walaupun hanya sebanyak puluhan ringgit.

Ikuti perkongsian pengguna Twitter @akhifairuz_ tentang kisahnya bertemu dengan seorang bapa yang tidak mempunyai duit untuk membayar duit buku anaknya.

Seorang lelaki, lewat 30 an, menyapa aku sebelum sempat masuk ke dalam rumah. Anaknya turut bersama. Kedua mereka menaiki motor. Sebaik helmet ditanggal, terlihat jelas wajah kesedihan. Matanya kemerahan.

“Kenapa bang? Apa saya boleh tolong?” 

“Kenapa bang? Apa saya boleh tolong?” “Segan saya nak cakap. Tapi sebab tak tahu dah nak minta tolong siapa, saya beranikan diri tegur abang di sini.” Jawabnya. Sebenarnya, beliau tinggal jauh dari taman aku ni. Datang sini pun sebab nak ‘ziarah’ pakcik. Tapi pakciknya tak ada.

“Saya tak tahu nak cakap macam mana. Dah seminggu sekolah, tapi masih tak mampu bayar duit buku anak saya ni.” Dapat aku simpulkan, abang ni ke rumah pakciknya nak pinjam duit. “Berapa harga buku tu bang?” “30 ringgit.” Tersekat-sekat beliau menjawab.

Aku pernah berada dalam situasi ini dahulu

Lalu beliau keluarkan sehelai kertas, list barang yang perlu dibayar pada pihak sekolah. Tanpa berlengah, aku terus keluarkan RM 50 dan bagi abang ni. Tak cakap banyak, air mata beliau terus tumpah. Laju. Aku jadi sebak. Sebab aku pernah berada dalam situasi ini dahulu.
Beliau bersalam & hampir mencium tangan aku. “Jangan bang, tak payah cium tangan.” Kami berpelukan. “Saya doakan abang dimurahkan rezeki, Allah bantu abang ya.” Beliau juga doakan aku. “Abang, awak belajar pandai-pandai ya. Bantu ayah awak bila dah besar.” Beliau mengangguk.
Sebelum berpisah, aku berikan nombor pegawai JKM area Alor Setar. Kalau nak apply sebarang bantuan, just maklum pada depa. Sebaik abang tu dan anaknya berlalu, aku dan isteri terpempan kesedihan. Teringat kami saat awal perkahwinan. Kami susah. Pinjam duit sana sini.
Tebalkan muka pinjam duit kawan-kawan, pinjam duit keluarga mentua. Sampai nak beli pampers dan susu anak pun tak ada duit. Namun Allah buka jalan. Rezeki perkahwinan. Satu-satu dia bagi. Dan bila senang sedikit, Allah hantar insan lain untuk kita refleks balik diri kita.
Terima kasih Allah hadirkan abang berkenaan dalam hidup aku. Buat kawan-kawan yang baru melayari bahtera perkahwinan, semoga Allah bantu kalian juga ya. Awalnya memang agak sukar, lama-lama akan semakin baik. Bina kefahaman dengan pasangan. Tampung kekurangan yang ada.

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)