Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Dalam tempoh tiga minggu pertama tahun ini, seramai 13 orang telah meninggal dunia akibat denggi.
Lebih menakutkan, empat daripada 13 kematian itu berlaku dalam tempoh seminggu iaitu pada minggu ketiga tahun 2020 (antara 12-18 Jan 2020).
Selangor mencatatkan kematian dan kes tertinggi dengan lima kematian dan 5,734 kes sejak 29 Dis 2019 sehingga 18 Jan 2020.
Negeri-negeri lain WP KL/ Putrajaya dan Melaka masing-masing dua kematian dan Pulau Pinang, Johor serta Sabah mencatatkan 1 kematian.
Walaupun jumlah kematian menurun berbanding tempoh yang sama tahun lalu, tetapi jumlah kes denggi meningkat 3.8%.
Pencegahan awal adalah langkah terbaik untuk mengelak anda atau orang disayangi menjadi korban denggi seterusnya.
Pastikan tiada tempat pembiakan nyamuk aedes di persekitaran anda.
Terdapat 204 kawasan/lokaliti yang merekodkan kes denggi pada minggu ketiga 2020. Periksa jika tempat tinggal anda termasuk dalam senarai ini.
Sumber : KKM