Siakap Keli

Ekaterini Sakellaropoulou Dilantik Jadi Presiden Wanita Pertama Greece

Hakim Mahkamah Tinggi dan pembela hak asasi manusia Ekaterini Sakellaropoulou telah dipilih sebagai presiden perempuan pertama di Greece.

Sakellaropoulou telah dicalonkan oleh Parti Demokrasi konservatif yang berkuasa namun juga berjaya mendapatkan sokongan parti pembangkang utama Syriza dan Gerakan Perubahan kiri.

Memecahkan ‘gender barrier’ bukan perkara baru bagi pemilihan presiden. Beliau adalah wanita pertama yang berkhidmat sebagai presiden Dewan Negara, mahkamah pentadbiran tertinggi negara. Beliau memegang jawatan tersebut selama 15 bulan sehingga pilihan raya pada hari ini (Rabu).

Dalam undian parlimen pada hari ini, wanita 63 tahun itu mendapat sokongan dari 261 Ahli Parlimen dalam 300 kerusi parlimen dan ia melebihi 200 yang diperlukan oleh perlembagaan.

Berikutan undian tersebut, Perdana Menteri Greek, Kyriakos Mitsotakis berkata keputusan tersebut seperti membuka tingkap untuk masa hadapan.

Sumber: CNN

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra