Siakap Keli
Kredit: Hajar Binti Md Said

Hanya Guna Stoking Lama, Wanita Kongsi Teknik Ajar Cara Anak Pegang Pensil Dengan Betul

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sudah hampir sebulan persekolahan bermula. Bagi ibu bapa dan guru yang mempunyai anak di tadika, pasti teruja melihat perkembangan anak-anak belajar satu persatu kemahiran di sekolah seperti menulis dan mewarna.

Namun bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang belum pandai menggunakan pensil, jangan risau. Anda boleh ikuti tips yang dikongsikan seorang guru, Puan Hajar Binti Md Said ini. Mari kita baca perkongsian bagaimana beliau melatih anaknya cara pegang pensil yang betul.

Kami sekeluarga memang sudah gazettekan Omar ni anak bongsu. Hehehe. Jadinya bila begitu, secara automatiknya, kami memang berlambat-lambat dengan perkembangan Omar.

Terlalu enjoy zaman kanak-kanak dia.

Antara kesannya ialah, di antara adik-beradik, Omar yang paling lambat potty train, paling lambat pandai pakai baju dan seluar sendiri (ni pakai baju sendiri pun belum lepas lagi, seluar je boleh), paling lambat tidur asing dan masih belum boleh suap makanan sendiri (kecuali finger food).

Oh ya, masih hisap susu dalam botol.. haiyaaaa

Apa-apa sahaja perkara yang disuruh, kalau tiada kena mengena dengan bermain, Omar suka beri jawapan;
“Omar tak retilah.”
“Omar penat.”
“Omar mengantuk”, walau hakikatnya tak pun.

Dan dalam kebanyakkan kes, kami semua akan mengalah dan mengikut kehendaknya. Adehai…

Tak pernah pegang pensil

Sampailah dah masuk tadika ni. Omar memang sangat asing dengan alat tulis atau alat mewarna. Abang-abangnya dulu adalah juga suka mewarna sebelum tadika. Omar? Pegang pensil pun tak pernah oiii!

Hujung minggu ni tengok dalam beg sekolah, ada 2 lembaran kerja tekap pensil yang perlu disiapkan.

“Jom, Omar kita buat kerja ni nak?”
“Omar penat.” Ok dah agak dah jawapan ni.
“Jomlah..kejap je. Meh. Mak tolong.”
Dia pun melangkahlah ke meja jepun tempat kami buat kerja.

“Omar tak reti..” Yup, memang sangat kekok Omar pegang pensel. Bila mata pensel kena kertas langsung tiada tekanan.

Cikgu pun buatlah the next best thing. Cikgu terangkan macam mana hendak pegang pensel. Cikgu masukkan pensel dalam genggamannya dan turut menulis bersama-sama.

Dua tiga kejap, genggamannya lari dan kembali kepada cara pegangan yang salah.
Ha..mulalah dia bermalas-malas nak buat.

Teknik Stoking: Cara mudah tanpa banyak arahan untuk anak

Ok, en Google mesti ada cara, atau tip untuk bantu anak biasa pegang pensel.

Cari punya cari, memang ada banyak. Tapi cikgu pilih “Teknik Stoking”. Sebab apa? Teknik ni memerlukan paling sedikit arahan kepada anak.

Macam ni;

1. Cari stoking lama (yang dah tak muat atau tak pakai). Kalau boleh yang getah masih elok. Jangan guna stoking bapak dia. Besar sangat.

cari stoking lama

2. Masukkan stoking ke tangan anak. Kenalpasti (agak-agak je) di mana ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu.

3. Buat 2 lubang dengan gunting. Satu untuk ibu jari, satu untuk jari telunjuk dan jari hantu.

buat dua lubang

4. Pakaikan stoking pada tangan anak. Yang keluar hanya 3 jari. Jari manis dan jari kelingking automatik akan bergulung di dalam stoking.

cara pegang pensil

5. Buatlah apa-apa cerita tentang stoking tu. Cerita cikgu macam ni:

“Ada sekor dinasaur ni, gigi dia ada 3 je tau (sambil angkat tangan anak yang ada stoking). Dia ni dinosaur pelik. Dia ni tak macam dinosaur lain, makan daging ke, daun ke. Dia makan batang kayu. Kalau ada batang kayu, dia gigit kuat-kuat, tak bagi lepas.

Sambil-sambil cari batang kayu (baca pensil). Haaa….macam ni (tunjuk pensel). Kayu macam ni dia suka.

Hulur pensel ke tangan anak.

“Ha! Gigit kuat-kuat tau! Jangan lepas!”

Lepas tu, cubalah beberapa latihan tracing.

Hendak kata terus boleh tulis tu, memang tidaklah. Tetapi mood dia jadi lain sikit. Nak jugaklah menulis.

Tekanan pun kuat sikit. Jari-jari dia susah nak kembali ke pegangan yang salah. Dapatlah buat beberapa latihan.

Dapatlah juga siapkan homework.

cara pegang pensil

Masih belum mahir lagi. Bak kata orang putih, practice makes perfect. Lama-lama buat, plus doa, Insya Allah boleh.

cara pegang pensil

Bila anak sudah tahu cara pegang pensil yang betul, anda bolehlah muat turun kertas latihan menekap untuk mereka.

hasil tekapan

Selamat mencuba!

Sumber: Hajar Binti Md Said

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.