Siakap Keli

Jangan Panik Bila Ulat Gonggok ‘Serang’, Tapi Bahaya Untuk Kanak-Kanak Jika Terkena Gigitan

Kita semua tahu ulat gonggok atau ada yang mengenalinya sebagai ulat geluntur, sepah bulang atau mentibang memiliki bentuk silinder dengan rangka luar dan memiliki 20 hingga 100 segmen yang bersambung.

Sering dilihat di sekitar kita tetapi ramai yang salah faham tentang bahaya ulat gonggok ini.

Untuk menghilangkan rasa keliru itu, hari ini Facebook Public Health Malaysia merungkai bahaya atau tidak apabila uklat gonggok ini melata di tubuh kita.

Adakah ulat gonggok beracun ?

Jawapannya TIDAK.

Namun ia mampu merembeskan cecair yang boleh menyebabkan alahan kepada sesetengah individu. Cecair ini boleh memberi kesan apabila terdedah kepada kulit dan mata.

Dalam kes tular yang terkini, seorang kanak kanak dari Australia telah menggigit seeekor ulat gonggok sehingga menyebabkan mulut dan bibirnya bengkak teruk.

Bahan yang terdapat dalam kelenjar ulat ini termasuklah;

✔️ Hydrochloric acid
✔️ Hydrogen cyanide
✔️ Organic acids
✔️ Phenol
✔️ Cresols
✔️Benzoquinones
✔️Hydroquinones

Perlukah anda panik dan takut kepada ulat pemalu ini?  Tidak.

Jika terkena atau bersentuhan dengan ulat ini, basuh permukaan kulit dengan air dan sabun. Bawa ke hospital jika ada tindak balas alahan.

Seperti satu perkongsian daripada seorang pengguna Facebook berkata, anak-anak kecil akan mudah terkena alergik daripada toksin yang dikeluarkan oleh ulat gonggok ini.

(Facebook) Didakwa bayi ini antara mangsa terkena alergik daripada toksin ulat gonggok ini.

Sumber: Public Health Malaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)