Siakap Keli

JKM Timur Laut Cari Ibu Kepada Kanak-Kanak Perempuan Indonesia

George Town : Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencari waris kepada seorang kanak-kanak perempuan warga Indonesia berusia lapan tahun yang ditinggalkan ibunya kepada seorang penjaga di George Town, di sini tanpa dokumen sah.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Timur Laut Noor Azura Ahmad berkata pihaknya sedang mengesan ibu kandung kanak-kanak dikenali sebagai Eeng, pasport bernombor AK968902 yang diserahkan kepada penjaga selepas kanak-kanak itu dilahirkan.

“Kanak-kanak perempuan itu dilahirkan di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada 29 Julai 2011, difahamkan ibu kandungnya menghilangkan diri selepas menyerahkannya kepada penjaga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya berdasarkan maklumat, ibu kandung kanak-kanak itu dari Indonesia dan beragama Islam, namun tiada alamat terakhir serta usaha mengesan wanita itu giat dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai waris atau kanak-kanak itu diminta menghubungi Pelindung Kanak-kanak, Halimaton Hashim di Pejabat JKM Timur Laut di talian 04-2264531 atau 04-2277412.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.