Siakap Keli
Gambar: Mohamad Iqbal

Keluarga Takda Kenderaan Nak Hantar, Cikgu Nekad Ulang Alik Setiap Hari Bawa Murid Ke Sekolah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pekerjaan sebagai seorang guru merupakan kerjaya yang mulia. Bagaikan ibu bapa di sekolah, guru bertanggungjawab mendidik anak murid dengan akhlak yang terpuji serta kesungguhan dalam menuntut ilmu.

Seorang guru, Mohamad Iqbal baru-baru ini berkongsi kisah seorang anak muridnya yang didakwa tidak hadir ke sekolah selama hampir 2 minggu.

Prihatin dengan anak itu, beliau mengambil keputusan untuk menghubungi ibu murid berkenaan. Ketika itulah beliau mengetahui mereka tidak mempunyai kenderaan untuk ke mana-mana sehingga menyukarkan pergerakan murid berkenaan ke sekolah.

Mulai harini kita bantu anak murid ni. Hampir 2 minggu tak datang sekolah kerana tiada kenderaan. Hanya ada sebuah motosikal yang rosak. Pergi kerja atau ke mana-mana hanya menaiki bas.

Mak ayah kerja syif yang berbeza. Mak kerja pagi, ayah jaga baby di rumah kerana tidak mampu hantar rumah pengasuh apatah lagi taska. Mak balik malam, ayah pula pergi kerja.

“Cikgu, maafkan kami sebab tak dapat hantar anak ke sekolah kerana ada masalah pengangkutan.”

“Takpa puan, saya akan ambil dan hantar setiap hari sehingga anak puan dapat bertukar ke sekolah yang berdekatan dengan rumah. Jangan abaikan sekolahnya kerana dia baru tahun 1. Panjang lagi perjalanan dia.”

“Syukur alhamdulillah. Terima kasih cikgu. Maaf kerana menyusahkan cikgu.”

“Tak mengapa puan. Itu memang tugas kami sebagai guru.”

Jangan malu untuk ke sekolah kerana kesempitan hidup. Pendidikan adalah paling utama. Belajarlah rajin-rajin. Bantu ibu bapa kamu bila besar nanti. Semoga berjaya wahai anak muridku.

Sumber: Mohamad Iqbal

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.