Siakap Keli

Kerajaan Sabah Batal Keputusan Pelaksanaan PSS – Mohd Shafie

KOTA  KINABALU, 22 Jan (Bernama) — Kerajaan negeri Sabah membatalkan keputusan pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) selaras dengan kehendak dan suara rakyat Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Ketika mengumumkan perkara itu hari ini, beliau berkata pembatalan pelaksanaan PSS itu yang diputuskan pada mesyuarat jemaah menteri negeri akan dimaklumkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Setelah mendengar suara rakyat di (semua) peringkat dan bukan hanya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis bahkan secara keseluruhan suara rakyat yang tidak inginkan (membantah PSS)  dan kita (kerajaan negeri) dengar suara ini.

“Maka dengan itu Kabinet Negeri Sabah akan maklumkan kepada KDN selaku kementerian bertanggungjawab supaya dibatalkan rancangan pelaksanaan PSS pada bulan Jun ini,” katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani nota kolaborasi di antara Jabatan Pembangunan Sumber Manusia dengan Universiti  Kuala Lumpur dan Petra Energy Berhad, di sini, hari ini.

Sumber: Bernama

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa