Siakap Keli

Kisah Panda Berwarna Coklat, Ditinggal Ibu Seawal Usia 2 Bulan, Sering Dibuli Panda Lain

Adakah anda tahu bahawa Qizai merupakan satu-satunya beruang panda yang berwarna coklat.

Kelainan yang terdapat pada warna bulu beruang panda ini membuatkan haiwan tersebut lain dari yang lain.

Namun ada kisah disebalik kecomelan haiwan itu.

Qizai telah ditinggalkan oleh ibunya sewaktu usianya seawal dua bulan. Hal ini mungkin kerana warna bulunya itu yang berbeza dari anak-anak yang lain. Qizai turut dibuli oleh panda-panda yang lain.

Haiwan itu ditemui dalam keadaan lemah di Pergunungan Qingling, Tengah Cina.

Menurut saintis, Qizai mungkin mengalami peruahan genetik yang menyebabkan bulunya berwarna coklat.

Para penyelidik dan pengkaji mengambil pendekatan untuk menyelesaikan misteri panda berwarna coklat itu.

Sumber : boredpanda

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)