Siakap Keli

Korea Utara Tutup Sempadan & Sekat Kemasukan Pelancong Asing, Khuatir Koronavirus Tersebar

Korea Utara dilaporkan telah menutup sempadan negaranya kepada pelancong kerana khuatir koronavirus terbaru yang datang dari China itu tersebar di negaranya.

Kim Jing-un telah mengharamkan kedatangan pelancong asing dari memasuki negara itu kerana risau virus misteri tersebut merebak. Setakat ini virus tersebut telah dilaporkan merebak ke Jepun dan dikhuatiri turut sampai ke Thailand.

Kebanyakan pelancong yang masuk ke Korea Utara adalah daripada China. Kemasukan pelancong China itu dikatakan dapat menyumbang pendapatan kepada pemerintahan Kim yang berdepan dengan sekatan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat.

Young Pioneer Tours, sebuah syarikat pelancongan yang bertapak di China telah memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa, Korea Utara telah menutup pintu sempadannya kepada semua pelancong sejak Rabu.

Virus misteri yang berhubung kait dengan SARS itu didakwa telah tersebar dengan meluas di China.

 

“Saya telah diberitahu bahawa Korea Utara akan menggantung sementara kemasukan pelancong asing ke negara itu sehingga mereka rasa koronavirus ini dapat dikawal,” ujar pengurus syarikat pelancongan, Rowan Beard.

Firma tersebut turut menambah bahawa segala maklumat lanjut akan disahkan terlebih dahulu oleh rakan kongsi mereka di Korea Utara.

Sebuah syarikat pelancongan yang lain juga mengesahkan bahawa mereka turut dimaklumkan dengan maklumat yang sama berkenaan dengan penutupan sempadan itu.

Sumber: Daily Star

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.