Satu kemalangan dilaporkan berlaku di Km 249.9 dari Terowong Menora ke Sungai Perak arah utara sejak kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.
Kemalangan yang melibatkan sebuah treler terbakar menyebabkan jalan tersebut sesak sepanjang enam kilometer dan lorong kiri terhalang.
Pihak Plus melaporkan trafik kini perlahan di jalan tersebut.
13:41hrs Terkini: Lorong kanan dibuka & lorong kiri masih terhalang. Trafik perlahan 7km @LLMinfotrafik https://t.co/Znu9DZcVw9
— plusline1800880000 (@plustrafik) January 22, 2020
12:58hrs Treler terbakar Km 249.9 dari Terowong ke Sungai Perak. Lorong kiri terhalang. Trafik perlahan. @LLMinfotrafik
— plusline1800880000 (@plustrafik) January 22, 2020
Trafik sesak sepanjang enam kilometer susulan kebakaran sebuah treler di Km 249.9 dari Terowong Menora ke Sungai Perak arah utara sejak kira-kira pukul 1 tengah hari – PLUS
📸 Orang awam pic.twitter.com/rX5zUf1BWU
— BERNAMA (@bernamadotcom) January 22, 2020
Sumber: Bernama